e164 Berakhirnya musim panas

Sudah ada tanda- tanda akan berakhirnya musim panas di sini. Malam-malam kebiasaannya akan turun hujan. Alhamdulillah.

Sangat jealous bila melihat ibu bapa membawa anak-anakmbermain petang hari atau kadangkala berpimpin tangan di tengah hari yang panas. Kadang-kadang my kids tanya soalan cepuemas.
" mama, kenapa diorang boleh makan aiskrim selamba je tapi amirah tak boleh?"
" it is just you are so special"

Pernah bawa anak main di playground petang, dan malam demam. Kalau saya ni memang duduk di rumah, tak apa. Tapi kalau kerja, berapa kali nak kena ambil cuti.
Kalau mereka dah lama tak makan aiskrim, kena plan bawa mereka ke tanah tinggi such as cameron highland, genting highland, bukit tinggi, fraser hill, dan highland yg lain dalam malaysia ni sebab hanya tempat sejuk je mereka boleh makan aiskrim.

Nak plan bawa diorang jalan-jalan pun agak payah kerana malaysia rata-rata sangat panas. Dan diorang dan saya sendiri tak boleh panas. Kalau saya, dalam musim panas ni, memang demam tak kebah-kebah. Kadang'kadang makna sebulan dua. Samalah anak-anak saya.

Kalau terdedah dengan panas, saya akan sakit kepala/ pitam. Badan jadi sangat lesu. Dan boleh selsema atau batuk tak semena-mena.

Memang looking forward hujung tahun sebab masa tu musim sejuk, dengan kerap hujan. Masa tu baru boleh jalan-jalan waktu siang dengan happynya.

Sedikit sebanyak effect juga dengan jadual study. Awal tahun hingga tengah tahun adalah waktu tak produktif saya. Saya perlukan hujan yang kerap untuk saya lebih produktif..

Alhamdulillah ala kulli hal.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts