e159 Coretan untuk seorang yang saya kenali

Dia, seorang kawan yang baik dan rapat.

Dia yang saya kenal, hidupnya seperti membaca sebuah cerita dongeng atau hikayat malim dewa... Huh (Saya tersenyum sendiri)

Dia, kawan saya itu, terlalu sukar untuk mempercayai yang masih wujud manusia yang hatinya baik.

Dia selalu bersikap positif, riang, optimis dengan masa depannya sehinggalah pada satu hari kawannya yang dia hormati dan segani seperti gurunya menyepikan diri dan membiarkan dirinya mati sendirian. Orang itu bukan sahaja hilang, malah membawa pergi sekali semangat dan harapannya. Dan sejak itu, saya melihatnya seperti hanya jasad tanpa nyawa. Walaupun begitu, dia masih meneruskan hidupnya dan bermatian melupakan segala yang berkaitan tentang orang itu. Dia kembali membina dirinya supaya sentiasa positif dan mencari erti persahabatan kembali. Dengan perempuan mahupun lelaki. Semasa itu, saya lihat dia menjalinkan persahabatan hanyalah untuk mengenal dirinya. Mengembalikan keyakinan dirinya. Sungguhpun begitu dia mengunci rapat-rapat impiannya sehinggakan dia tidak ingat langsung tentang semangat dan harapannya lagi. Dia tidak tahu mahu jadi apa. Dia memilih setiap langkah adalah langkah yang paling mencabar hanya untuk membiarkan dirinya tidak mampu untuk meneruskan langkah. Tapi Allah sentiasa memberikan kejayaan demi kejayaan dengan setiap langkah yang dia tak pernah ingin ambil. Hatinya yang dulu sekuat besi dan kini ianya terlalu rapuh seperti dahan yang mereput. Saya sentiasa berharap, dia menjadi seperti dulu. Seorang yang teguh pendirian, berani menyuarakan pendapat dan tahu apa yang dia mahu.

Dalam perjalanannya mengenal diri, dia pernah ditinggalkan kawan sebelajarnya hanya kerana tidak suka melihatnya rajin belajar. Dia pernah ditinggalkan oleh kawan rapatnya hanya kerana dia sangat baik dan penyayang. Dia pernah disisihkan dengan kawan baiknya semasa di universiti hanya kerana dia berkawan rapat dengan seorang lelaki yang tidak tahu bahawa dia sedaya upaya ingin menjauhkan diri dari lelaki itu. It seems that all girls are cruel. Dan daripada situ, dia agak lali dengan girlz jika cerita mereka ada berbaur jealous, mengata dan etc.

Dalam perjalanannya mengenal apa itu persahabatan, sering sahaja kawan-kawan lelakinya menyimpan harapan terhadapnya sedangkan dirinya hanya tidak lebih dari seorang kawan. Dia pernah membiarkan seorang kawannya menyayangi dirinya semata melihat pelajarannya semakin meningkat sehingga mendapat gelaran best student sedangkan dia hanya ada perkataan 'sahabat' dalam hatinya. Dan selepas itu hatinya menangis apabila dia bersungguh-sungguh tidak mahu langsung berhubungan dengan kawannya itu semata ingin kawannya itu mengganggap dia seorang yang tidak berperikemanusiaan dan akan melupakannya sampai bila-bila. Saya berasa kasihan dengannya. Tidak adakah dalam dunia ini yang boleh berkawan dengannya atas tiket 'kawan'?

Tapi Allah itu adil. Dia dipertemukan dengan seseorang yang mampu menyayanginya dan menjadi sahabat baiknya dalam masa yang sama. Bila dia hilang arah atau menangis tak keruan, orang itu akan datang mengambil tangannya sambil memberi kata-kata semangat dan harapan. Hanya  orang itu yang dapat memberikan dia erti sahabat dan cinta. Saya rasa bersyukur dia jumpa juga dengan orang sebegitu.

Cuma, akhir-akhir ini, hatinya asyik tersentuh.
Dia, kawan saya itu hatinya dan fikirannya terganggu setelah sekian lama dia membina dirinya dan semangatnya. Seolah-olah pengalaman hidupnya berulang sekali lagi. Dia jadi terganggu kerana satu persatu perkara yang dia sudah lupakan, hadir dalam ingatannya sedikit demi sedikit. Tentu ada sebab Allah berbuat begitu. Mungkin, kali ini dia sebenarnya lebih bersedia berbanding dahulu untuk menempuhnya sekali lagi. Cuma bezanya, kali ini dia perlukan orang yang menyayanginya dan sahabat baiknya itu mengingatkan dia kembali makna persahabatan dan cinta.

Harap dia akan tabah buat kesekian kalinya.

Nijo Castle, Kyoto with memories

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts