E144- Hari ke 4 di Kuala Terengganu

Sambungan daripada entri E142- berjalan sekitar Kuala Terengganu.

Lama pula tidak menyambung bercerita tentang berjalan-jalan saya ke sini. Hari ke 4, saya, budak-budak dan zaujah Haikal pergi ke masjid kristal dan taman tamadun Islam yang femes itu. DIsebabkan sudah beberapa kali berulang alik losong-pantai batu buruk, saya jadi arif dengan jalan di sana.

Masjid kristal terletak berhampiran dengan taman tamadun Islam. Kawasannya agak luas yang menempatkan Masjid Kristal, Taman tamadun Islam dan River Cruise. kami pergi menaiki river cruise dahulu. Di sepanjang pelayaran, ada jurucakap yang menernagkan sedikit sebanyak kawasan persekitaran sepanjang sungai itu. Menariknya, kami dapat melihat sendiri perkampungan berhampiran, pulau-pulau yang berpenghuni dan tidak berpenghuni, kapal milik UMT dan masjid kristal yang bergemerlapan disinari cahaya matahari. Klik, klik saya mengambil gambar.

Selepas itu, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam pula. Kami memilih untuk menaiki trem yang menghubungkan antara satu checkpoint ke satu checkpoint yang lain. Budak-budak memang teruja menaikinya. Kami berhenti stop yang pertama iaitu replika Dome of Rocks. Di sini ditunjukkan replika batu yang tergantung mengikut kisah sebuah batu yang ingin mengikut Rasulullah semasa Israk dan Mikraj. Walaupun hanya replika, ianya memberi satu perasaan yang terucap. Moga satu hari nanti saya berpeluang untuk pergi ke tempat asalnya.

Selepas itu dari atas trem, kami dapat melihat pelbagai replika masjid di seluruh dunia. next stop adalah replika masjidil haram di mekah. Saya pun dah tak berapa ingat ke mana lagi, tapi apa yang saya boleh katakan memang banyak replika masjid yang cantik senirekanya.

Keluar dari situ, kami ke Masjid Kristal. Kebetulan ada 2 bas rombongan sekolah. jadi penuh dna meriah denagn budak-budak di kawasan masjid. Kami solat jamak zuhur asar di sana. Selepas solat, anak perempuan saya memanggil saya, "Mama, tengok atas. Nampak awan kan". "Aah lah" Cepat saya mengambil kamera untuk menangkap gambar.


Selepas Masjid Kristal, kami terus balik ke hotel. Malam itu kami satu family bawa Haikal dan zaujahnya pergi minum air buah gelas besar di seberang takir. Tapi tak ada rezeki kerana tutup. Jadi kami ke arah satu lagi gerai berdekatan dnegan satu sekolah di situ. Gerai lama yang comel. Semua ada, air buah gelas besar, keropok lekor, laksa terengganu, laksa penang, mee kari dan favourite saya nasi air.

Esok dah nak bertolak balik. Walaupun dah berkali-kali ke sini kerana mengikut encik suami berkursus tapi kali ni betul-betul saya round Kuala Terengganu. Insyaallah, nanti datang lagi.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts