Ada apa pada Tentang dan Kentang

Ke hadapan saudara penulis buku Kentang dan Tentang,

Sebenarnya, teragak-agak juga untuk menulis review tentang buku Kentang dan Tentang ini. Ini kerana ianya ditulis oleh 'femes author' (typo disengajakan) masa kini dan juga kenalan lama saya. Sebenarnya tak layak untuk buat review apa-apa pun sebab it will be always interesting when it comes to his piece of art. Apa pun saya cuba berlaku jujur.

 The best thing is my young daughter who is just 7 years old, telah memberi satu review yang cukup padat dan ringkas. Dia kata 'Apa yang berbeza tentang Tentang dan Kentang ialah pada huruf T dan K'. Saya terus tersenyum. Ya, apa yang ada pada dua huruf itu kan. Tetapi, pada saya, ia memberi makna yang cukup abstrak. Ianya membuat saya terfikir, apa yang membuatkan buku ini berbeza, lain dari yang lain. Semua orang menulis. Semua orang membaca. Semua orang suka menilai. Tetapi penilaian tentunya berbeza dari setiap orang yang berbeza. Semunya mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Ayah saya juga membacanya. Emak juga membacanya. Adik saya juga membacanya. Kami semua bergelak ketawa membincangkan apa yang ada pada buku ini. Yang jelasnya, hanya saya seorang yang membacanya dengan penuh emosi kerana setiap satu kisah dalam kedua buku itu, saya mencari satu jawapan yang dah lama saya nantikan. Membaca buku ini seperti saya membaca berpucuk-pucuk surat dari penulis ini. Namun, saya masih tak ketemu jawapan. Saya baca berulang kali kedua-dua buku itu dengan anggapan mungkin ianya di sebalik kiasan cerita yang ada. Namun, masih tak ketemu juga. Tak apalah. Mungkin pada buku akan datang, dia akan memberikan jawapannya. Dan itulah yang membuatkan saya sentiasa ternanti-nantikan kemunculan karyanya yang terbaru. Kerana satu jawapan!!!. :)

Yang penting, I like this two books because:
1. Ianya dari penulis yang disegani, Saharil Hasrin Sanin
2. Satu tentang ketakutan pada kematian, satu lagi tentang kehidupan
3. Bagaikan bersama-sama penulis menyelusuri sebahagian hidupnya
4. Ianya membuat saya berfikir, kalau saya di tempat penulis apa yang saya rasa? adakah sama, atau berbeza?

Ikhlas,
aida @ sophylea
1994

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts