Unknown

Hari ni hari yang kedua, aku tak dapat melelapkan mata. Semalam, tak sedetik pun aku dapat memejamkan mata. Kesannya, seharian di tempat kerja kepalaku terasa amat berat. Dan malam ni, aku mengimpikan untuk tidur lena di katil empukku, namun mata ini masih lagi segar bugar walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Aku masih tidak pasti apakah yang mengganggu fikiran ini. Adakah tentang Mira sayang, atau abi sayang, kerjaya atau impian? Masih tergambar lagi klaus dari salah satu blog yang sempat aku baca ..."Bukannya best pun jadi penulis ". Masih lagi kata-kata itu menari-nari di dalam kotak fikiranku. Hampir saja aku menyuruhnya berhenti dari menyerabutkan mindaku ini. Ya Allah. Apa sebenarnya yang kuharapkan. Sudah pasti adalah redha-Mu. Dan sudah pasti aku mengejar redha suamiku dan redha ibu ayahku. Namun, bila ianya tentang jiwa, impian dan kerjaya..aku akan buntu. Hilang dalam mencari noktah atas destinasi pencarian. Pengembaraan jiwa yang tidak berkesudahan. Ditambah lagi, jawapan terhadap permohonanku menyambung pelajaran masih lagi dalam kesamaran. Argh...bosan rasanya sentiasa dalam kekaburan. Bila lagi agaknya aku dapat keluar dari asap-asap tak pasti ini.

Seperti hari-hari yang lalu, aku akan melayani diri membaca entri-entri blog rakan-rakan terutama blog mentorku. Aku membaca entrinya setiap hari untuk melatih diri agar faham dengan permainan bahasa memandangkan dia pun dah diangkat sebagai 'teroris bahasa' satu ketika dulu. Namun, aku rasa kosong, berserabut dan any words yang boleh describe ketidakstabilan emosi. Adakah kerana entrinya kali ini banyak berkisar tentang cinta. Tak pasti ianya tentang cinta manusia,or cinta dunia, or cinta tanah air or anything ..but ianya tentang cinta. Sungguh...cinta boleh menghuru-harakan jiwa..

2.10 am @16 ramadhan

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts