Keputusan
"Ring..ring.." Segera aku mengambil handphone ku dan sekilas pandang akan nombor yang tertera. Tak dikenali. Nak angkat ke ye? Teragak-agak pula memandangkan aku sedang bergegas untuk ke satu meeting yang lain. Angkat je lah.
"Hello, Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam, Sya. Ni aku ni, Ann." terdengar suara di hujung corong telefonku. Berkerut dahiku mengingat semula siapa Ann.
"Sya, ni Ann. Aini Md Zaini..." Sambungnya mengharapkan aku akan mengingati. Ya Allah..kenapa tak ingat ni, memori ikan dori betullah.. Tetapi selepas beberapa saat, aku seperti mahu melompat.
"Ann..." jeritku tanpa menyedari yang aku hanya berbual di telefon.
"Ann, apa khabar? sekarang kat mana?"
"Kau sibuk ke Sya? Harap aku tak mengganggu. Kau masih mengajar kat Melaka?" ujarnya lagi.
Aku tergamam seketika kerana tidak sangka kawan lamaku, Ann akan menghubungiku setelah sekian lama. Seakan-akan terbit air mata di kelopak mataku. Memang ada sebelum itu aku gagahkan diri memberi satu email ke fb nya atas arahan suamiku. Semuanya gara-gara aku asyik bermimpi tentang Ann dan Zety, kawanku seorang lagi. Dan semuanya kerana aku perlu membuat keputusan ke mana aku akan pergi untuk menyambung pelajaranku.
"yup..Aku masih lagi di Melaka. Kau pula?Buat phD pulak ke?"tanyaku
"takdelah Sya. Aku kat kl. Mengajar juga. Buat PhD...mmm..berlum lagilah rasanya.Sya? sambung ke mana?"
"Itu yang nak tanya pendapat kau Ann.Management bagi peluang untuk ke UK. Hai...itulah impian aku selama ini. Aku rasa aku sanggup tinggalkan segalanya untuk ke sana. Itu impianku..cita-citaku...tapi, aku tak tahulah dengan keadaan aku sekarang, family, parents, kerjaya husband... berbaloi ke untuk aku masih menyimpan impian itu." terdengar nada kesal di hujung bicara.
"Sya, susah sebenarnya belajar dengan anak-anak sahaja. Nampak mudah tapi bebanan nya terlalu berat. Tak mungkin aku mampu kalau akulah.... Fikirkanlah.." ada satu pengharapan mengakhiri kata-kata Ann.
"Ntahlah Ann. Anyway thanks for your advice. "
"oklah Sya. Senang-senang singgahlah ke rumah aku kat shah alam"
"Insyaallah"
Selepas perbualan pendek aku dan Ann, aku termenung seketika. Inikah jawapan kepada doaku kepadaMu Ya Allah. Terhadnya pemikiran manusia menyebabkan kita akan sentiasa bergantung kepada Allah. Kebiasaannya, fitrah manusia selalu ingin memenangi hati manusia yang lain untuk secebis harta, wang ringgit dan apa saja. Namun, kita sering lupa apa yang kita telah buat untuk memenangi hati Allah. ...

Comments
Post a Comment