Mencari kesamaan itulah menjadi nilai syurga atau neraka.

Suami pelengkap bagi isteri. Dan isteri pula menjadi pelengkap bagi suami. Seringkali saya mendengar keluhan isteri-isteri yang tidak puas hati dengan perangai 'baik' suami-suami. Jika si isteri pandai mengemas rumah, seringkali terdengar si suaminya sangat pandai dalam 'menyepahkan' rumah. Jika si isteri bijak menguruskan perbelanjaan dan bayar bil thru online, si suami pula sangat pandai dalam hal 'mengarahkan' isteri menguruskan semuanya. Terdetik tak di hati kita ni, bestnya kalau suami pandai buat semuanya dan kita hanyalah duduk goyang kaki a.k.a dimanjakan. Pernah tak terdetik di hati  kita, kenapalah suami saya tak pandai itu..dan ini. Jika ini terjadi, bermakna kita mengharapkan kesempurnaan dan prince charming dalam hubungan kita. Mencari kesamaan bukan bermaksud keserasian. Kesamaan bermakna kita mengharapkan suami kita juga pandai mengemas rumah kalau kita pandai mengemas rumah. Mengharapkan suami kita pandai mengatur perancangan jika kita pandai mengatur perancangan. Mengharapkan suami kita 'superman' jika kita 'superwoman'. 



Allah itu maha adil. Justeru, suami tidak akan sama dengan isteri dan vice versa. Apa akan jadi jika suami tidak pandai mengemas dan isteri juga tidak pandai mengemas. Mesti rumah itu macam kapal karam. Cabaran mencari keserasian dan kesamaan menjadi agenda sepanjang zaman dalam perhubungan. Dalam kembara ini, akan ada terbit rasa tidak puas hati, marah, tidak suka, kesal, gelisah dan sebagainya. Namun perlulah dipupuk keserasian itu dengan redha, solat sunat, membaca al-quran, mendengar kuliah agama dan sebagainya. Ini kerana semuanya tentang HATI dan PERASAAN bukannya tentang fizikal dan intelektual. Kita tak berbicara dari segi akal dna logik. Tetapi dari segi TAFAHUM dan TAKAFUL. Di antara rukun usrah itu sendiri, sudah terbina TAARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Kerana usrah adalah keluarga. Dan di dalam keluarga ada jalinan hubungan kerana Allah. 


Konklusinya, di dalam perhubungan itu perlu ada nilai CINTA kerana Allah dan menCINTAi pasangan juga kerana Allah. Bilamana kita menCINTAi pasangan kita kerana HARTA, PANGKAT, KESELESAAN, NAMA dan sebagainya, pasangan yang dijodohkan kita juga akan seperti kita juga. Dan bilamana IMAN dan ISLAM itu bukan menjadi tulang belakang dalam hubungan, tiadalah roh MAWADDAH dan RAHMAH dalam institusi kekeluargaan yang dibina. 


Wallahu a'lam. Good luck dalam kembara mencari CINTA-NYA..

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts